Thursday, January 10, 2013








......"Allah ganti apa-apa yang ditinggalkan keranaNya,berlipat Indahnya.
seperti meninggalkan pandangan Haram,diganti dengan  manis Iman dihati"....

Sabar Itu Indah


Hari ini mungkin gelap seketika
mendung datang menyapa
Gelap..tiada sinar...
Namun, kini hujan sudah turun
dengan lebatnya...
sudah puas dia menunggu
diatas,akhirnya turun jua..

Lihat.. hujan telah reda..
Angin lembut menyapa
membisikkan khabar gembira
pelangi indah muncul menceriakan
langit yang tadinya suram gelap gelita
burung-burung terbang meraikan suasana

Gembira...
Lihat..DIA mahu menghadiahkan
gembira selepas mengharungi ujian
Derita...
percayalah sahabat..
Sabar itu indah...
raikan penuh takwa
Bekalan bertemu denganNYA.


Derita Jiwa



Perasaan...Hanya sebuah picisan...
Yang sering dimainkan oleh sipendusta...
Biarkan saja mereka gembira...
Tertawa menghina...
Gembira dapat melukakan
Jiwa yang kian sengsara..

Adakah mereka peduli?
Tidak...Hati dan jiwa mereka
sudah gelap ditutupi
riak si pendusta...

Biarkan saja mereka
melarakan hati dan jiwa ini
Apa bisa ku merasakan derita
hanya sedikit terpalit rasa,

Mereka lupa, hati ini
bukan kepunyaan si penderita
yang disangka.
Tapi milik siPenakluk Bahagia...



Bangkit Dari Mimpi




Sabar...Itu kata hikmat untuk
orang yang berjaya...
Usaha tanpa putus asa
itulah jalannya.

Sahabat,jangan mengalah
Jangan gelisah
Allah ada disisi kita
bersama takwa dijiwa

Bangkitlah dengan segenap usaha
Bangkitlah wajai jiwa yang gelora
Buktikan kepada mereka
Bahawa jiwa ini bukanlah
lemah sentiasa.

Tiada lagi derita..
Yang tinggal hanya berita gembira
Raikan dengan takwa
Wahai jiwa yang merdeka



JANGAN KAHWINI PEREMPUAN YANG ADA 6 SIFAT INI



Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tunjukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

DOA: 3 cara Allah melayan permintaan hambaNya





  • YA!: Ya...! Allah akan memberikan apa saja yang diminta seseorang tak mengira di mana dan masa dan siapa yang meminta.seronokkn?
  • TIDAK!: Tidak!.... Allah tidak akan memberikan apa yang diminta oleh seseorang, sebaliknya DIA akan memberikan sesuatu yang lebih baik lagi...lg hepi kn...
  • TUNGGU DULU!: Tunggu!... Allah tidak memberikan sesuatu yang dipinta pada ketika itu, tetapi memberikan apa yang dipinta itu di masa yang lain mengikut kehendak Allah. Mungkin akan diberikan apa yang diminta itu semasa di dunia ataupun diakhirat.tp dpt jgakkn.hepi la ckit..=)..
so jgn sdih2..chill!!

luv u my Lord!

SAYANG-SAYANG




sayang-sayang orang "handsome" tak sembahyang,
Nabi Yusuf yang handsome pun sembahyang.......

sayang-sayang orang cantik tak sembahyang,
Siti Fatimah yang cantik pun sembahyang.......

sayang-sayang orang kaya tak sembahyang,
Nabi Sulaiman yang kaya pun sembahyang......

sayang-sayang orang miskin tak sembahyang,
Nabi Isa yang miskin pun sembahyang..........

sayang-sayang budak budak tak sembahyang,
Hasan dan Husin budak juga pun sembahyang......

sayang sayang panglima perang tak sembahyang,
Khalid bin Walid panglima perang pun sembahyang.......

sayang sayang.......(^^).